dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan E-Sport Peringkat Negeri dan Taklimat Kesedaran E-Sukan

28 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2024, NADI Sg. Bandung telah menghantar satu pasukan untuk bertanding mewakili NADI Sg. Bandung. Lima orang peserta dan satu simpanan telah datang ke NADI Sg. Bandung untuk bertanding MLBB. Setelah selesai pertandingan, petugas NADI Sg. Bandung telah membuka tayangan video untuk kelas kesedaran.

Taklimat ini dilaksanakan melalui penayangan beberapa video penting yang menerangkan tentang garis panduan pembangunan sukan elektronik kebangsaan merangkumi 6 teras yang perlu diketahui oleh para peserta seperti berikut :
• Teras 1 : Pengurusan Kontrak Kepada Pemain
• Teras 2 : Penerapan Tadbir Urus dalam Penganjuran Acara
• Teras 3 : Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak
• Teras 4 : Kod Tatakelakuan dan Etika
• Teras 5 : Laluan Kerjaya dalam E-Sukan
• Teras 6 : Aplikasi Sains dan Perubatan dalam E-Sukan

Selain daripada 6 teras tersebut, para peserta juga telah mengikuti taklimat kesedaran dalam E-Sukan dengan menonton rakaman taklimat daripada Malaysia E-sport Federation, diharapkan melalui kelas ini para peserta yang terlibat dapat mengetahui peluang-peluang kejayaan serta kerjaya dalam bidang E-Sukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.